Kursus Pengurusan Dan Kepimpinan Pemimpin Sekolah Kurang Murid

Ibrahim, Ishak and Mohamad, Faridah and Nik Hassan, Nik Karimah and Popatlal, Indira (2020) Kursus Pengurusan Dan Kepimpinan Pemimpin Sekolah Kurang Murid. [Teaching Resource] (Unpublished)

[thumbnail of Modul] Text (Modul)
180-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan 50% jurang sosio ekonomi, antara bandar dengan luar bandar, dan gender dalam pencapaian murid menjelang 2025. Pengurangan jurang sosio ekonomi dan antara bandar dengan luar bandar dijangkakan memberi impak terhadap jurang pencapaian antara negeri dan jenis sekolah. Kejayaan merapatkan jurang ini akan menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih saksama di dunia. Pada masa ini, 34% sekolah rendah di Malaysia mempunyai kurang daripada 150 murid dan secara rasminya telah diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Mereka menyumbang 7% daripada enrolmen sekolah rendah. Secara purata, SKM menghasilkan pencapaian akademik yang agak lemah berbanding sekolah kebangsaan yang lain. Skor purata komposit bagi sekolah ini ialah 68%, 4% mata di belakang sekolah kebangsaan lain. Kelemahan dalam prestasi ini boleh dikaitkan dengan tiga cabaran struktur. Pertama, 73% sekolah kurang murid berada di kawasan agak jauh di luar bandar. Faktor ini menyebabkan murid terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk hadir ke sekolah, dan mengurangkan kemungkinan untuk menempatkan guru dan guru besar berprestasi tinggi berkhidmat di sekolah berkenaan. Kedua, sekolah ini kurang mendapat manfaat dari segi kokurikulum, kemudahan yang lebih baik, dan interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang. Ketiga, kebanyakan sekolah ini berada dalam kawasan status sosioekonomi rendah dan menghadapi masalah yang berkaitan dengan status sosioekonomi itu. Keluarga berpendapatan rendah biasanya akan berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan anak mereka di sekolah kerana terpaksa menanggung kos berkaitan bekalan, pakaian seragam, dan pengangkutan, yang membawa kepada pertambahan kadar tidak hadir ke sekolah. Pemimpin SKM memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: Kursus Pengurusan Dan Kepimpinan Pemimpin Sekolah Kurang Murid PL 180
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional
KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional > D2K1 Instruksional Berfokus Kurikulum
L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan > Jabatan Kepimpinan Berkeperluan Khusus
Depositing User: PN NOR SHUHADARIZA MAIDIN
Date Deposited: 20 Feb 2024 07:26
Last Modified: 20 Feb 2024 07:26
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/72

Actions (login required)

View Item
View Item