Manaf, Abd Razak and Ahmad, Abdul Mu'ti and Omar, Nor Amimah and Ahmad Dawa, Nor Rajjah and Azizan, Norihan and Osman, Hamizi and Jantan, Dr. Redzuan and Wahab, Rusli (2020) Kursus kepimpinan untuk pemimpin pertengahan (LCML). [Teaching Resource] (Unpublished)
![[thumbnail of Module]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
193-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (14MB)
Abstract
LCML merupakan kursus untuk membangunkan kompetensi pemimpin
pertengahan di sekolah bagi mencapai anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pemimpin pertengahan memainkan peranan penting sebagai pengantara antara pengurusan tertinggi (Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan) dan guru serta staf sekolah di bawah kawalan mereka. Sehubungan dengan itu, pemimpin pertengahan perlu memiliki pelbagai kompetensi seperti kemahiran komunikasi, proaktif, orientasi pencapaian, kerja sepasukan, kreativiti dan inovasi, berfokuskan kurikulum, membangun kapasiti, perkongsian ilmu, menyelesai masalah dan
mengurus perubahan. Pada masa yang sama Pemimpin Pertengahan perlu bijak dalam pengurusan kendiri (managing self), pengurusan tugas-tugas utama (managing task) dan pengurusan pasukan (managing people).