Kursus pemikiran komputasional

Zulkernain, Faizatoen and Lim, Siew Ngen and Karim, Maimunah and Mohamed Subandi, Mohd Rozali and Zakaria, Zulhazmi and Salim, Shahrul Nizam and Wong, Kwai Cheng (2020) Kursus pemikiran komputasional. [Teaching Resource] (Unpublished)

[thumbnail of Module] Text (Module)
203-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (41MB)

Abstract

Menurut Jeannate M. Wing (2006), pemikiran komputasional bukan hanya untuk ahli sains komputer tetapi merupakan kemahiran asas untuk semua orang dan adalah penting dintegrasikan dalam bidang-bidang lain. Pemikiran Komputasional atau Computational Thinking (CT) adalah satu pendekatan untuk menyelesaikan masalah yang memberi kuasa (empower) kepada integrasi teknologi digital dengan idea-idea manusia. la merangkumi kemahiran asas yang penting dalam menyelesaikan masalah, merekabentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer. Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha meleraikan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decomposition), cuba merumuskan idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengecam corak (Pattern Recognition) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan kebolehlaksanaan prosedur tersebut (Evaluation). Bermula t a h u n 2017, pemikiran komputasional dan sains komputer diintegrasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). M e l a l u i inisiatif ini, pemikiran komputasional akan diperkenalkan di peringkat sekolah rendah, dan diteruskan dengan pelaksanaan mata pelajaran Asas Sains Komputer supaya murid terdedah dengan kemahiran teknologi digital seperti pengekodan, algoritma dan menyelesaikan masalah. Dalam usaha menghasilkan murid yang mempunyai kemahiran pembelajaran abad ke-21, standard ISTE (International Society for Technology in Education) dijadikan panduan. ВК43а sehubungan itu, Kursus Pemikiran Komputasional ini direkabentuk khas untuk pentadbir sekolah. Semua pentadbir sekolah seharusnya didedahkan dengan standard ISTE, konsep dan amalan pemikiran komputasional dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk menghasilkan modal insan berkemahiran abad 21 dan menepati aspirasi murid seperti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013)

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: Pemikiran komputasional - PL 203 2020
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K3 Mengurus Sumber Pendidikan
L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan > Jabatan Latihan Kepimpinan Teknologi dan Digital
Depositing User: PN FARIDAH HANIM SULAIMAN
Date Deposited: 06 Feb 2024 04:47
Last Modified: 06 Feb 2024 04:47
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/50

Actions (login required)

View Item
View Item