Kursus pengurusan pembelajaran maya

Tuan Mat, Dr. Tuan Zahrah and Parman, Muslimin and Zulkernain, Faizatoen and Vyapury, Dharmalingam and Mohamed Subandi, Mohd Rozali and Ng, Lee Ching and Gurusamy, Thilagam (2024) Kursus pengurusan pembelajaran maya. [Teaching Resource] (Unpublished)

[thumbnail of module] Text (module)
288 - Protected.pdf - Accepted Version

Download (18MB)

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan platform pembelajaran digital untuk guru, pendidik dan pelajar iaitu DELI Ma, atau 'Digital Educational Learning Initiative Malaysia' secara usahasama KPM bersama­sama dengan Google, Microsoft dan Apple. Pelantar ini menawarkan ke semua aplikasi dan servis digital yang diperlukan oleh guru dan pelajar dalam sistem persekolahan Malaysia, termasuk teknologi dan sumber bagi membolehkan pendidikan secara digital.

DELIMa, direka mengikut prinsip-prinsip berikut:
• Pendemokrasian platform - pembelajaran digital yang dapat diakses oleh semua orang, menyokong ekosistem pelbagai teknologi.
• Pembelajaran sepanjang hayat - pengalaman berpusatkan pelajar sehingga pembelajaran dapat dilakukan pada bila-bila masa.
• Transformasi digital - komitmen KPM terhadap keperluan masa depan negara.

Pembelajaran maya sering dikaitkan dengan konsep seperti e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan laman web. Pembelajaran maya merupakan satu trend pembelajaran abad ke 21 yang menekankan penggunaan internet untuk menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisme penghantaran maklumat, pemantauan prestasi pelajar dan capaian kepada sumber PdP yang segera. Selaras dengan perkembangan itu, KPM telah memutuskan supaya Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa dilaksanakan di semua sekolah.

Persekitaran Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa KPM adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui aplikasi yang terdapat dalam Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa KPM. lbu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah membolehkan mereka menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa KPM, boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: PKPOP - PL 288 2024
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional > D2K4 Pembudayaan Ekosistem Digital
KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K3 Mengurus Sumber Pendidikan
L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan > Jabatan Latihan Kepimpinan Teknologi dan Digital
Depositing User: PN FARIDAH HANIM SULAIMAN
Date Deposited: 11 Mar 2026 01:43
Last Modified: 11 Mar 2026 01:43
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/330

Actions (login required)

View Item
View Item