Salim, Sarina and Mad Ali, Zuriah and Makin, Mislinah (2024) Kursus effective communication. [Teaching Resource] (Submitted)
285 protected.pdf
Restricted to Registered users only
Download (15MB)
Abstract
Dengan pelaksanaan Highly lmmersive Programme (HIP) bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa lnggeris (MBMMBI), pemimpin pendidikan memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran bahasa lnggeris yang kondusif di institusi pendidikan untuk membolehkan warga institusi pendidikan menghayati dan menggunakan bahasa lnggeris secara menyeluruh. Pelan Pemerkasaan Pendidikan Bahasa lnggeris 2024-2025 (3PBI) merangkumi Maximizing Highly lmmersive Programme (HIPMaX) dengan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan HIPMaX Chat in English (CiE) dan Malaysian Folklore Storyfest (MFS). Dengan inisiatif HIPMaX, pemimpin pendidikan harus menjadi suri teladan dalam menggalakkan penggunaan bahasa lnggeris secara menyeluruh di organisasi untuk meningkat kemahiran dan keyakinan warga organisasi bertutur dalam bahasa lnggeris. Pemimnpin pendidikan harus menjadi pendorong dan penggerak untuk meningkatkan taraf bahasa lnggeris di organisasi mereka demi menyokong Dasar MBMMBI yang menjadi salah satu Reformasi Pendidikan KPM. Pemimpin pendidikan juga harus menunjukkan inisiatif untuk meningkatkan kecekapan peribadi dan kefasihan bahasa lnggeris untuk menjadi pemangkin kepada pengukuhan bahasa lnggeris kerana kepimpinan melalui teladan ini dapat mengujakan warga organisasi untuk mengikutinya. Selain itu, pemimpin pendidikan dapat membina, melestari dan memanfaatkan hubungan dengan pelbagai pihak dengan rnenggunakan bahasa lnggeris secara menyeluruh untuk pembangunan organisasi. Oleh yang demikian, pemimpin sekolah perlu dilengkapkan dengan bahasa lnggeris agar dapat berkomunikasi dengan pelbagai pihak secara berkesan sama ada secara lisan atau bertulis. Justeru, pemimpin pendidikan harus merancang, menyelia dan menilai Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dalam membangunkan kapasiti warga organisasi berkomunikasi dalam bahasa lnggeris. Dengan ini, pemimpin pendidikan dapat memastikan penggunaan bahasa lnggeris secara menyeluruh dalam kalangan warga organisasi demi kecemerlangan organisasi. lnisiatif ini akan mengorak langkah untuk merealisasikan prakarsa pendidikan MADANI 3 iaitu meningkatkan mutu pendidikan bahasa lnggeris disamping mendukung 7 Teras Utama KPM iaitu komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus serta mengaplikasi amalan Human Governance secara berterusan di organisasi pendidikan.
| Item Type: | Teaching Resource |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kursus effective communication PL 285 |
| Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K4 Membangun Sumber Manusia KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D4 Kualiti Peribadi KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D4 Kualiti Peribadi > D4K2 Orientasi Kecemerlangan KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan > D5K1 Membina Jaringan dan Jalinan L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan > Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa |
| Depositing User: | EN MOHD FAIROUS MOHD SHIS |
| Date Deposited: | 23 Feb 2026 00:21 |
| Last Modified: | 23 Feb 2026 00:21 |
| URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/325 |
