Parman, Muslimin and Jaapar, Nor Kamsiah and Ab Rahman, Ashraf and Zulkernain, Faizatoen and Vyapury, Dharmalingam and Besah@Sitam, Ekhwan and Nik Abdul Kadir, Nik Abdullah and Jusoh, Dr. Ruzina and Shafe, Ts. Mohammadnor Basri and Mohamed Subandi, Mohd. Rozali and Khamzah, Nor Ahmad and Kassim, Mohd Khairi (2024) Kursus kepimpinan digital (MYDIGITAL LEADERS). [Teaching Resource] (Submitted)
272 protected.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only
Download (41MB)
Abstract
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah memasuki gelombang ketiga pelaksanaannya. Bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, pemimpin sekolah perlu bertindak proaktif dalam melaksanakan setiap agenda pendidikan. Pemimpin sekolah berperanan penting dalam menentukan hala tuju sesebuah institusi pendidikan. Dalam era teknologi digital yang semakin pesat, pemimpin sekolah perlu meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi dalam berkomunikasi, mengurus data, dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui teknologi. Sehubungan itu, pemimpin dapat memberikan inspirasi kepada semua guru dan pelajar untuk mengadaptasi dan memanfaatkan teknologi dengan lebih efektif. Pemimpin sekolah juga harus mampu membangun strategi dan dasar yang menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu mempertingkatkan keperluan dan harapan murid serta warga sekolah, dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai tujuan digitalisasi. Anjakan paradigma dalam konsep kepimpinan menuntut pemimpin sekolah bersikap proaktif dalam melaksanakan teknologi baharu (Avolio et al., 2000; Ottestad 2013). Sebagai pemimpin teknologi digital, pemimpin sekolah terlebih dahulu harus menguasai dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek kepimpinan digital serta perlu berfikiran kritis dan kreatif jika ingin bersaing dalam dunia pendidikan yang kompetitif (Arifin 2020). Sehubungan itu, Kursus Kepimpinan Digital ini direka bentuk khas untuk pemimpin sekolah dalam menguasai ilmu digital dan mengurus organisasi bagi menghasilkan modal insan berkemahiran abad ke-21 dan mencapai aspirasi murid agar fasih digital.
| Item Type: | Teaching Resource |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kursus kepimpinan digital (MYDIGITAL LEADERS) PL 272 2025 |
| Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional > D2K4 Pembudayaan Ekosistem Digital KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K1 Mengurus Pelbagai Data KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K3 Mengurus Sumber Pendidikan L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan > Jabatan Latihan Kepimpinan Teknologi dan Digital |
| Depositing User: | EN MOHD FAIROUS MOHD SHIS |
| Date Deposited: | 27 Jan 2026 06:42 |
| Last Modified: | 27 Jan 2026 06:42 |
| URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/311 |
