Tambychik, Dr.Tarmizah and Maidin, Dr. Nor Foniza and Manaf, Abd Razak (2024) Kursus berasaskan kompetensi bagi pentaksir dan jurulatih. [Teaching Resource] (Submitted)
271 protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (41MB)
Abstract
Pendidikan berkualiti melibatkan kualiti semua warga pendidikan bermula daripada pemimpin sekolah sehingga kepada pentadbir pendidikan, guru dan staf sokongan. Salah satu bidang keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah memilih dan mengutuhkan pemimpin berkualiti berdasarkan kompetensi dan prestasi tinggi bagi pengukuhan pemimpin sekolah berasaskan konsep meritokrasi. Pelaksanaan Penilaian Berterusan Gred DG48 Secara In Situ bagi penempatan Pengetua dan Guru Besar (PGB) adalah antara inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan kriteria pemilihan. Pentaksiran bagi pemilihan calon PGB di bawah syarat baharu telah dibangunkan untuk memenuhi hasrat ini. Modul pemantapan pentaksir PGB di bawah syarat Baharu TAB telah diberi mandat menyediakan proses membolehkan pihak mmp membuat penilaian secara objektif dan holistik dalam pemilihan pemimpin sekolah berasaskan kriteria yang telah ditetapkan. Pentaksiran bagi pemilihan calon PGB di bawah Syarat Baharu TAB yang mempunyai kompetensi adalah penting dalam mencapai matlamat pendidikan masa kini, dan di masa mendatang. Sehubungan itu, Institut Aminuddin Baki telah menjalankan inisiatif menyediakan modul latihan yang lengkap dan dilaksanakan oleh pentaksir terlatih. Pentaksiran berasaskan konsep yang jelas membolehkan pentaksir laksanakan dalam proses pemilihan calon pemimpin yang berkualiti. Konsistensi dan objektiviti pentaksir yang terlatih dalam menyediakan konsep pentaksiran penting untuk membantu penempatan pemimpin sekolah yang berkualiti.
| Item Type: | Teaching Resource |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kursus berasaskan kompetensi bagi pentaksir dan jurulatih PL 271 2024 |
| Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K4 Membangun Sumber Manusia L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat > Jabatan Pembangunan dan Pentaksiran |
| Depositing User: | EN MOHD FAIROUS MOHD SHIS |
| Date Deposited: | 27 Jan 2026 04:25 |
| Last Modified: | 27 Jan 2026 04:25 |
| URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/310 |
