Abdul Aziz, Noor Azimah and Ibrahim@Mat Isa, Haji Ismail and Muthusamy, Manoharan and Tambychik, Tarzimah (2022) Kursus Pentaksir Program Master Trainer (2PMT). [Teaching Resource] (Submitted)
![[thumbnail of 245.pdf]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
245.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (54MB)
Abstract
Pensijilan Program Master Trainer (PMT) menyediakan empat (4) jenis pensijilan PMT iaitu pensijilan Certified Trainer; Certified Master Trainer; Certified Coach dan Certified Master Coach. PMT ini menyediakan kapasiti sumber manusia dalam latihan dan bimbingan yang kompeten selari standard ditetapkan ke arah pencapaian instruksional seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pensijilan PMT melibatkan proses pentaksiran yang dilaksanakan oleh pentaksir yang terlatih. Selaras dengan keperluan ini, Kursus Pentaksiran PMT khusus untuk panel pentaksir adalah bagi membantu menyediakan barisan pentaksir yang terlatih dan kompeten merujuk standard ditetapkan. Modul Pentaksiran PMT bagi Panel Pentaksir yang terdiri daripada tiga (3) sub modul dibina bagi memenuhi kompetensi panel pentaksir PMT terhadap pemahaman konseptual dan kerja buat proses pentaksiran pensijilan PMT pada standard kompetensi ditetapkan. Latihan yang diberi melalui kursus ini memfokuskan kepada etika pentaksir, pengukuhan ilmu tentang prinsip dan prosedur pentaksiran serta kemahiran mentaksir. Latihan ini juga turut melatih para pentaksir mengaplikasikan kemahiran mengurus kendiri dan sosial yang beretika semasa berinteraksi dengan pelanggan serta keupayan memberikan penghakiman professional semasa melaksanakan pentaksiran. Ringkasnya, kursus ini menyediakan kapasiti panel pentaksir yang terlatih dan kompeten bagi melaksanakan pentaksiran Pensjilan PMT.
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kursus Pentaksir Program Master Trainer (2PMT) PL 245 |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education |
Divisions: | Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat > Jabatan Pentaksiran Master Trainer |
Depositing User: | EN MOHAMAD SABREE SENIN |
Date Deposited: | 19 May 2025 01:44 |
Last Modified: | 19 May 2025 01:44 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/277 |