Foi, Dr. Liew Yon and Sin, Liew Fook and Alias, Shahrin and Ching, Ng Lee and Yahaya, Fetty Shamy Lin and Khairuddin Yap, Dr. Siti Nursheila Kursus kepimpinan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik {STEM). [Teaching Resource] (Unpublished)
![[thumbnail of Module]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
10 - protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (26MB)
Abstract
Sejak 1991 Malaysia telah berwawasan untuk mewujudkan masyarakat saintifik, berdaya saing yang bukan setakat pengguna teknologi tetapi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Sasaran ini tidak mungkin boleh dicapai jika rakyat tidak didedahkan dengan pendidikan STEM yang boleh menjadikan rakyat Malaysia kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0. Hanya rakyat yang kreatif dan inovatif dapat merangsang ekonomi negara dan membawa kepada kehidupan rakyat yang lebih sejahtera. Bagi mencapai hasrat tersebut, pendidikan STEM menjadi agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Konsep mendidik murid dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam konteks dunia sebenar telah ditekankan dalam semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Sehubungan itu, melahirkan murid yang mempunyai keupayaan mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah kehidupan harian dengan kreatif dan inovatif merupakan salah satu aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan negara Malaysia. Dengan ini, Kursus Kepimpinan Pendidikan STEM ini direka bentuk khas untuk membantu pemimpin sekolah meningkatkan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan kepimpinan dalam pengukuhan pendidikan STEM di sekolah melalui aktiviti PdP dan kokurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan.
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kursus kepimpinan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik {STEM) PL 10 |
Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan > D5K1 Membina Jaringan dan Jalinan L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Penyelidikan dan Penilaian > Jabatan Penilaian Pendidikan |
Depositing User: | EN MOHAMAD SABREE SENIN |
Date Deposited: | 29 Mar 2024 03:14 |
Last Modified: | 29 Mar 2024 03:14 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/238 |