Ibrahim, Ishak and Abd Hamid, Suiabun and Mohamad, Faridah and Nik Hassan, Karimah and Popatlal, Indira Kursus pengurusan dan kepimpinan pemimpin sekolah kurang murid. [Teaching Resource] (Unpublished)
![[thumbnail of Module]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
72-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (25MB)
Abstract
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan ~0% jurang
sosioekonomi, antara bandar dengan luar bandar, dan gender dalam pencapaian murid menjelang 2020. Pengurangan jurang sosioekonomi dan antara bandar dengan luar bandar dijangkakan memberi impak terhadap jurang pencapaian antara negeri dan jenis sekolah. Kejayaan merapatkan jurang ini akan menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih saksama di dunia. Pada masa ini, 34% sekolah rendah di Malaysia mempunyai kurang daripada 150 murid dan secara rasminya telah diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).Mereka menyumbang 7% daripada enrolmen sekolah rendah. Secara purata, SKM menghasilkan pencapaian akademik yang agak lemah berbanding sekolah kebangsaan yang lain. Skor purata komposit bagi sekolah ini ialah 68%, 4% mata di belakang sekolah kebangsaan lain. Kelemahan dalam prestasi ini boleh dikaitkan dengan tiga cabaran struktur. Pertama, 73% sekolah kurang murid berada di kawasan agak jauh di luar bandar. Faktor ini menyebabkan murid terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk hadir ke sekolah, dan mengurangkan kemungkinan untuk menempatkan guru dan guru besar berprestasi tinggi berkhidmat di sekolah berkenaan. Kedua, sekolah ini kurang mendapat manfaat dari segi kokurikulum, kemudahan yang lebih baik, dan interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang. Ketiga, kebanyakan sekolah ini berada dalam kawasan status sosioekonomi rendah dan menghadapi masalah yang berkaitan dengan status sosioekonomi itu. Keluarga berpendapatan rendah biasanya akan berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan anak mereka di sekolah kerana terpaksa menanggung kos berkaitan bekalan, pakaian seragam, dan pengangkutan, yang membawa kepada pertambahan kadar tidak hadir ke sekolah. Pemimpin SKM memerlukan pengetahuan dan kemahiran
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Sekolah Kurang Murid PL 72 |
Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K3 Mengurus Sumber Pendidikan L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat dan Jabatan Lama |
Depositing User: | EN MOHAMAD SABREE SENIN |
Date Deposited: | 18 Mar 2024 02:43 |
Last Modified: | 18 Mar 2024 02:43 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/193 |