Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Pendidikan Khas

Abdul Rahman, Zoolaiha and Omar, Amran and Md Yusof, Noraisah and Abdullah, Jamelaa Bibi and Noor, Noraizan and Zainudin, Ahmad Azuan and Jamuri, Noor Azilah and Jaih, Kamal Ariffin Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Pendidikan Khas. [Teaching Resource] (Unpublished)

[thumbnail of Module] Text (Module)
70-protected.pdf - Accepted Version

Download (59MB)

Abstract

Sekolah Pendidikan Khas (SPK) terletak di bawah tadbir urus sepeuhnya Sahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut statistik yang diberikan oleh BPKhas, terdapat 34 buah SPK di seluruh Malaysia. Program Pendidikan Khas (PPK) yang dijalankan di SPK merangkumi peringkat prasekolah, rendah, menengah rendah, dan menengah atas. Murid-murid PPK adalah terdiri daripada kategori ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal, pertuturan, masalah pembelajaran dan mana-mana kombinasi ketidakupayaan tersebut. Sekiranya murid-murid ini tidak diuruskan dengan berkesan, keperluan mereka tidak dapat dipenuhi secara spesifik dan kemungkinan murid-murid ini akan tercicir dan potensi diri mereka tidak dapat dikembangkan sepenuhnya. Laporan dari pemantauan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati masih terdapat kekurangan dalam kemahiran kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah SPK. Pihak -BPKhas turut mengemukakan kertas cadangan kepada lnstitut Aminuddin Baki (IAB) mengenai cadangan latihan pemantapan dan pengupayaan kepimpinan instruksional sekolah-sekolah pendidikan khas. Oleh itu, IAB telah merangka satu modul kepimpinan bersesuaian dengan kehendak BPKhas untuk menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang khusus dalam melaksanakan tugas pemimpin SPK dengan lebih berkesan, seperti mengaplikasikan kemahiran dalam Kepimpinan lnstruksional.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Pendidikan Khas PL 70
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K3 Mengurus Sumber Pendidikan
L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat dan Jabatan Lama
Depositing User: EN MOHAMAD SABREE SENIN
Date Deposited: 14 Mar 2024 08:12
Last Modified: 15 May 2024 07:52
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/187

Actions (login required)

View Item
View Item