Kursus pembangunan kapasiti pemimpin pertengahan

Muthusamy, Manoharan and Quah, Cheng Sim and A. Ramiah, Balasandran and Raja Abdul Aziz, Raja Rafidah and Wee, Eng Leré and Ramasamy, Kumaravalu Kursus pembangunan kapasiti pemimpin pertengahan. [Teaching Resource] (Unpublished)

[thumbnail of Module] Text (Module)
95-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (27MB)

Abstract

Kursus aplikasi kaedah PBL dalam latihan IAB akan dijalankan dalam kursus rintis baharu iaitu Kursus Pembangunan Kapasiti untuk Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) sekolah-sekolah ProD yang akan dibina dengan kerjasama Pusat Pentaksiran dan khidmat kepakaran pasukan task force PBL. Kursus rintis ini akan dibangunkan di bawah payung program pembangunan organisasi (PrOd) Pusat Pentaksiran bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah-sekolah band 3, 4 dan 5. Kumpulan sasaran untuk kursus baharu ini adalah GKMP daripada sekolah-sekolah yang terlibat dalam program Prod IAB
Kursus empat hari ini adalah berkaitan dengan pembangunan kapasiti untuk GKMP sekolah menengah. Kursus ini merangkumi tiga aspek utama iaitu, Fungsi dan Peranan GKMP, Strategi Pembangunan Profesional Guru dan Keberkesanan Pengurusan P&P. Ketiga-tiga aspek utama ini akan memfokuskan kepada Moral Imperatif, Pembangunan Profesional Guru dan Pengurusan P&P melalui pendekatan Problem-Based Leaming (PBL). PBL adalah pedagogi yang berpusatkan kepada pelajar iaitu, pelajar akan belajar mengenai sesuatu subjek dalam konteks yang kompleks yang berkaitan dengan kehidupan sebenar (masalah yang realistik). Dengan kata lain, pembelajaran berlaku hasil daripada pemahaman dalam penyelesaian masalah (Barrows dan Tamblyn, 1980). Rasional kursus ini ialah untuk menerapkan kemahiran melaksanakan pengurusan P&P melalui pendekatan PBL dalam kalangan GKMP di sekolah-sekolah menengah.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: Kursus pembangunan kapasiti pemimpin pertengahan PL 95
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional
KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan
L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Pentaksiran dan Pembangunan Bakat > Jabatan Pentaksiran Master Trainer
Depositing User: PN NOR SHUHADARIZA MAIDIN
Date Deposited: 12 Mar 2024 05:03
Last Modified: 12 Mar 2024 05:03
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/137

Actions (login required)

View Item
View Item