Kursus pengurusan qalbu kepimpinan pendidikan

Jamil, Shamsuri and Zakaria, Zulhazmi and Ariffin, Ahmad kamal and Berahim, Nik Mat and Zainal Abidin, Zairi and Zakaria, Suzana and Abd rahman, Siti Arija (2020) Kursus pengurusan qalbu kepimpinan pendidikan. [Teaching Resource] (Unpublished)

[thumbnail of Module] Text (Module)
197-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Kursus Pengurusan Qalbu ialah Kursus Pengurusan Kepimpinan dalam mengurus diri terutama Qalbu. Pembinaan kecantikan dan ketampanan sosial perlu bermula dengan pengurusan Qalbu. Qalbu adalah unsur penting dalam diri manusia. la berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan akal. Individu yang berakal tetapi tidak memiliki Qalbu yang terurus dengan baik selalunya menghadapi masalah. Terbelenggu dengan kekecewaan dalam perhubungan, berasa hambar dengan kehidupan dan mudah putus asa dengan cabaran.
Qalbu ibarat ketua dalam diri manusia. Anggota tubuh adalah pekerjanya. Apabila ketua kuat, pekerjanya juga kuat. Begitu juga apabila ketua positif dan berwawasan, pekerja juga positif dan bergerak merealisasikan wawasan ciptaan ketua.
Qalbu juga ibarat cermin. Qalbu yang diurus dengan kebaikan memantulkan kebaikan.
Setiap yang melihat pasti merasakan kebaikan dan kesucian Qalbu itu. Kebaikan itu mengalir masuk di celah-celah bongkah kekerasan Qalbu setiap orang di sekelilingnya.
Individu yang mampu menguruskan qalbunya dengan baik, Qalbunya menjelma menjadi pusat segala kebaikan di muka bumi ini. Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial mampu menguruskan Qalbunya dengan baik. Qalbu memandu
anggotanya bagi menjalinkan perhubungan dengan cemerlang.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: Kursus pengurusan qalbu kepimpinan pendidikan PL 197
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D4 Kualiti Peribadi > D4K4 Kemahiran Mengurus Kendiri dan Sosial
L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Penyelidikan dan Penilaian > Jabatan Pengajian Komparatif Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan
Depositing User: Pn SABARIAH AB GHANI
Date Deposited: 20 Feb 2024 07:25
Last Modified: 20 Feb 2024 07:25
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/68

Actions (login required)

View Item
View Item