Kursus Kepimpinan TVET

Abdullah, Jamelaa Bibi (2022) Kursus Kepimpinan TVET. [Teaching Resource] (Unpublished)

[thumbnail of Module] Text (Module)
214-protected (1).pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (66MB)

Abstract

Kursus kecemerlangan kepimpinan TVET merupakan kursus kepimpinan TVET yang julung kali IAB rancang untuk melaksanakannya kepada pemimpin-pemimpin TVET yang ada di seluruh Malaysia. Kursus ini direkabentuk berdasarkan keperluan sebenar pemimpin-peminpin TVET di Malaysia. Asas kepada keperluan telah dikaji dengan menggunakan kaedah DESIGN AND DEVELOPMENT RESEARCH (DDR) yang menjurus kepada empat fasa iaitu; Fasa analisis keperluan, Fasa reka bentuk, Fasa pembangunan dan Fasa penilaian. Hasil daripada kajian keperluan ini, terdapat 13 elemen yang menjadi keperluan utama pemimpin TVET di Malaysia. Antara 13 elemen tersebut iaitu; etika, pemimpin strategik, mindset, kecerdasan emosi, budaya dan iklim organisasi TVET, kepimpinan perubahan, pro aktif dan berinisiatif, jaminan kualiti, kebolehpasaran dan keperluan industry, hubungan dengan pihak luar, kreativiti dan inovasi, mengurus risiko, kepimpinan keusahawanan. Eleman-elemen ini sangat penting untuk memastikan kepimpinan TVET yang menerajui organisasi TVET di Malaysia diberi latihan khusus yang selari dengan keperluan organisasi tersebut. Belum ada satu modul latihan yang telah direkabentuk dan disediakan oleh IAB khusus untuk meningkatkan dan mentransformasi kepimpinan yang ada di dalam negara masa kini. Sudah tiba waktunya, Institusi TVET memerlukan pemimpin yang ‘doing the right thing' iaitu pemimpin yang berkebolehan dalam memberi tumpuan kepada faktor luaran yang memberi kesan kepada operasi dan masa depan organisasi, pasaran, jaringan, pelanggan, pembekal, vendor serta perubahan perundangan (Bennis dan Nanus, 1985) selaras dengan persaingan, cabaran dan aspirasi yang ada pada masa kini. Menurut UNESCO-UNEVOC (2019), pemimpin TVET yang efektif adalah pemimpin yang berupaya menangani proses transformasi dengan berkesan, dengan memastikan pemimpin TVET mempunyai kualiti yang berbeza: iaitu mempunyai strategi yang strategik pengetahuan (visi untuk perubahan), pengetahuan tematik (pengetahuan untuk perubahan) dan kepimpinan dan pengurusan kemahiran (kemahiran untuk perubahan) untuk menyumbang kepada dunia yang lebih inklusif, saksama dan mampan untuk semua. Pemimpin TVET yang berkebolehan juga adalah pemimpin yang berupaya menyahut transformasi pendidikan dan dasar-dasar negara sepertimana yang terdapat di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11). Sejumlah RM 5.9 billion peruntukan telah disuntik dalam bidang TVET dalam belanjawan 2020 untuk memastikan Malaysia menjadi negara maju yang disegani, dengan sumber guna tenaga manusia yang dibekalkan oleh institusi TVET yang berupaya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran mencakupi keperluan industri (Belanjawan, 2019). Maka, adalah sangat penting modul ini direkabentuk khusus mengikut acuan model yang telah berjaya dihasilkan.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: Kursus Kepimpinan TVET PL 214
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D1 Berwawasan
KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D4 Kualiti Peribadi
KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan
L Education > L Education (General)
Divisions: Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands > Jabatan Kepimpinan Kurikulum dan Kokurikulum
Depositing User: PN NOR SHUHADARIZA MAIDIN
Date Deposited: 06 Feb 2024 04:38
Last Modified: 06 Feb 2024 04:38
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/48

Actions (login required)

View Item
View Item