Kursus kepimpinan pendidikan stem

Tuan Mat, Dr. Tuan Zahrah and Parman, Muslimin and Zulkernain, Faizatoen and Vyapury, Dharmalingam and Mohamed Subandi, Mohd Rozali and Ng, Lee Ching and Gurusamy, Thilagam (2024) Kursus kepimpinan pendidikan stem. [Teaching Resource] (Unpublished)

[thumbnail of module] Text (module)
291 - Protected.pdf - Accepted Version

Download (18MB)

Abstract

Sejak 1991 Malaysia telah berwawasan untuk mewujudkan masyarakat saintifik, berdaya saing yang bukan setakat pengguna teknologi tetapi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Sasaran ini tidak mungkin boleh dicapai jika rakyat tidak didedahkan dengan pendidikan STEM yang boleh menjadikan rakyat Malaysia kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0. Hanya rakyat yang kreatif dan inovatif dapat merangsang ekonomi negara dan membawa kepada kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.
Bagi mencapai hasrat tersebut, pendidikan STEM menjadi agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Konsep mendidik murid dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam konteks dunia sebenar telah ditekankan dalam semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Sehubungan itu, melahirkan murid yang mempunyai keupayaan mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah kehidupan harian dengan kreatif dan inovatif merupakan salah satu aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan negara Malaysia.
Dengan ini, Kursus Kepimpinan Pendidikan STEM ini direka bentuk khas untuk membantu pemimpin sekolah meningkatkan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan kepimpinan dalam pengukuhan pendidikan STEM di sekolah melalui aktiviti PdP dan kokurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: PKPOP - PL 291 2024
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K1 Mengurus Pelbagai Data
KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan > D5K1 Membina Jaringan dan Jalinan
L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan > Jabatan Latihan Kepimpinan Teknologi dan Digital
Depositing User: PN FARIDAH HANIM SULAIMAN
Date Deposited: 06 Apr 2026 00:27
Last Modified: 06 Apr 2026 00:27
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/333

Actions (login required)

View Item
View Item