Tuan Mat, Dr. Tuan Zahrah and Parman, Muslimin and Mohamed Subandi, Mohd Rozali and Zulkernain, Faizatoen and Vyapury, Dharmalingam and Gurusamy, Thilagam and Ng, Lee Ching (2024) Kursus pemikiran komputasional. [Teaching Resource] (Unpublished)
289 protected.pdf - Accepted Version
Download (23MB)
Abstract
Menurut Jeannate M. Wing (2006), pemikiran komputasional bukan hanya untuk ahli sains komputer tetapi merupakan kemahiran asas untuk semua orang dan adalah penting diintegrasikan dalam bidang-bidang lain. Pemikiran Komputasional atau Computational Thinking (CT) adalah satu pendekatan untuk menyelesaikan masalah yang memberi kuasa (empower) kepada integrasi teknologi digital dengan idea-idea manusia. la merangkumi kemahiran asas yang penting dalam menyelesaikan masalah, merekabentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer.
Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha meleraikan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decomposition), cuba merumuskan idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengecam corak (Pattern Recognition) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven. lndividu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan kebolehlaksanaan prosedur tersebut (Evaluation).
Bermula tahun 2017, pemikiran komputasional dan sains komputer diintegrasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Melalui inisiatif ini, pemikiran komputasional akan diperkenalkan di peringkat sekolah rendah, dan diteruskan dengan pelaksanaan mata pelajaran Asas Sains Komputer supaya murid terdedah dengan kemahiran teknologi digital seperti pengekodan, algoritma dan menyelesaikan masalah. Dalam usaha menghasilkan murid yang mempunyai kemahiran pembelajaran abad ke-21, standard ISTE (International Society for Technology in Education) dijadikan panduan.
Sehubungan itu, Kursus Pemikiran Komputasional ini direkabentuk khas untuk pentadbir sekolah. Semua pentadbir sekolah seharusnya didedahkan dengan standard ISTE, konsep dan amalan pemikiran komputasional dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk menghasilkan modal insan berkemahiran abad 21 dan menepati aspirasi murid seperti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025).
| Item Type: | Teaching Resource |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | PKPOP - PL 289 2024 |
| Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional > D2K4 Pembudayaan Ekosistem Digital KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi > D3K1 Mengurus Pelbagai Data L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan > Jabatan Latihan Kepimpinan Teknologi dan Digital |
| Depositing User: | PN FARIDAH HANIM SULAIMAN |
| Date Deposited: | 06 Apr 2026 00:23 |
| Last Modified: | 06 Apr 2026 00:23 |
| URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/331 |
