Kursus immersion pengetua dan guru besar (PGB) baharu (PRIme)

Che Kassim, Dr.Ahmad Rafee and Syed Ali, Syed Putra and Mahmod, Mohamed and Zainuddin, Siti Zainun and Abd Aziz, Ismail and Alias, Abd.Razak and Zainal Abidin, Zairi and Ibrahim, Normala binti and Ismail, Jamaluddin and Wee, Dr. Eng Lee and Mohd Salleh, Nabihah and Ibrahim, Azami and Che Ariff, Sarina and Dahlan, Hamsiah and Ahmad, Mohd Zakaria Kursus immersion pengetua dan guru besar (PGB) baharu (PRIme). [Teaching Resource] (Submitted)

[thumbnail of Module] Text (Module)
241-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (61MB)

Abstract

Program Residency dan Immersion (PRIme) Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan memberi bimbingan kepada Pengetua/Guru Besar (PGB) lantikan baharu dalam proses membentuk mereka menjawat jawatan sebagai pemimpin sekolah buat kali pertama. PRIme merupakan program transisi bakal PGB dalam memantapkan pelbagai kompetensi kepimpinan dan pengurusan yang diperlukan sejajar dengan peranan mereka sebagai pemimpin sekolah. PGB yang bakal dilantik memerlukan bimbingan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan di sekolah secara 'hands-on' dan perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan hal-ehwal dalaman sekolah seperti iklim dan budaya sebelum menjalankan tugas-tugas mereka. PRIme meliputi tiga (3) fasa latihan iaitu Program Residency, Program Immersion dan Sesi Tindak Ikut dan Tindak Susul (Follow-up Follow-through, FUFT). Sehubungan itu, PGB yang bakal dilantik dapat menimba pengalaman daripada PGB yang akan bersara atau yang akan bertukar dan dapat memahami dan membiasakan diri dengan persekitaran dan iklim sekolah melalui Program Residency. Selepas mengambil alih tugas sebagai pemimpin sekolah, PGB tersebut akan menghadiri Kursus Immersion dan seterusnya mendapat bimbingan profesional dalam Program Immersion daripada Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+). SIP+ dapat membantu PGB lantikan baharu dengan berkongsi idea, pengalaman, dan kepakaran dalam pengurusan sekolah, di samping menjadi sumber penandaarasan. Bagi mengukuhkan lagi bimbingan yang telah diperolehi daripada SIP+, PGB baharu juga turut akan melalui sesi FUFT bersama-sama pensyarah dari IAB. Justeru itu melalui PRIme adalah diharapkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi dapat dilahirkan dalam merealisasikan Anjakan ke-5 PPPM 2013-2025.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: PL 241 PRIme Kursus immersion pengetua dan guru besar PGB baharu PRIme
Subjects: KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional > D2K2 Pembudayaan Penyelidikan
KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan
KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan > D5K1 Membina Jaringan dan Jalinan
Divisions: Pusat Penyelidikan dan Penilaian > Jabatan Penilaian Pendidikan
Depositing User: Aizuddin Aiman Abdul Kadir
Date Deposited: 26 May 2025 04:08
Last Modified: 26 May 2025 04:08
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/301

Actions (login required)

View Item
View Item