Ang, Dr. James Ang Jit Eng and Din Chen, Dr. Ekerim and A. Maulod, Dr. Shafinaz and Hussin, Dr. Ahamad and Lim, Lim Siew Ngen and Muthusamy, Manoharan and Abang Deli, Abang Adam (2018) Kursus design thinking. [Teaching Resource] (Submitted)
![[thumbnail of PL 28 protect.pdf]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
PL 28 protect.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only
Download (13MB)
Abstract
Semasa pelancaran program-program Pusat Genovasi (generasi + inovasi) pada 01 Ogos 2017, YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyeru agar generasi kini mengamalkan design thinking untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan 20 negara teratas dunia menjelang tahun 2050 dengan memaksimumkan penggunaan sumber yang terhad melalui kreativiti dan inovasi (Malaysian Digest.com, 01 Ogos 2017). Kreativiti dan inovasi merupakan aspek penting dan merupakan tuntutan dalam setiap aspek kehidupan dan bidang pekerjaan pada zaman sekarang dan akan datang. Selaras dengan itu, setiap individu, khususnya warga pendidik perlu memiliki pemikiran kritis, kreatif, dan daya inovasi yang tinggi agar tetap relevan dengan tuntutan kehidupan dan kerjaya masing-masing. Dalam usaha menghadapi tuntutan kliental yang sentiasa berubah-ubah, dunia industri dan perniagaan telah menggunakan pendekatan design thinking di samping peralatan-peralatan pengurusan lain untuk menjana strategi-strategi baharu demi memenuhi tuntutan bidang masing-masing. Para pentadbir sekolah telah biasa dengan peralatan-peralatan pengurusan berupa analisis SWOT, PEST, Ishikawa, dan sebagainya. Dalam usaha meningkatkan lagi tahap kreativiti dan kemampuan mereka untuk mengurus dan menyelesaikan masalah dengan lebih cekap dan efisien, kemahiran design thinking difikirkan amat perlu. Di samping menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam penyelesaian sesuatu perkara, pendekatan design thinking yang berpaksikan aspek kemanusiaan (human centered) dan empati meletakkan kepentingan dan kehendak klien (dan pemegang taruh) sebagai elemen utama. Komponen-komponen dalam pendekatan design thinking bukan sesuatu yang baharu tetapi langkah-langkah pelaksanaannya membolehkan sesuatu proses atau produk dilaksanakan secara lebih kreatif dan sistematis. Design thinking menggabungkan teknik-teknik dan peralatan daripada bidang pengurusan, reka bentuk, dan etnografi di samping kemahiran-kemahiran analitikal dan strategik daripada bidang kejuteraan dan perniagaan. Gabungan ilmu dan kemahiran daripada pelbagai bidang dikatakan dapat mengubah set minda pengamalnya daripada memokus kepada masalah kepada set minda berfokuskan penyelesaian dan tindakan.
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | PL 28 Kursus design thinking |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat dan Jabatan Lama |
Depositing User: | EN MOHD FAIROUS MOHD SHIS |
Date Deposited: | 19 May 2025 04:40 |
Last Modified: | 19 May 2025 04:40 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/280 |