Kursus pemantauan pencapaian murid

Muhamad, Hajar and Ang, James Jit Eng (2011) Kursus pemantauan pencapaian murid. [Teaching Resource] (Submitted)

[thumbnail of 32-protected.pdf] Text
32-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (31MB)

Abstract

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ketrampilan para pentadbir khususnya Pengetua/ Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 (Kurikulum) dengan teknik pemantauan peno pencapaian akademik murid yang membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan murid dan mengambil langkah-langkah pembetulan penambahbaikan yang sewajarnya. Selain daripada itu, kursus ini juga turut menyediakan para peserta untuk merancang pelan tindakan peningkatan prestasi akademik murid selepas analisis telah dibuat kepada data pencapaian akademik murid mereka di sekolah masing-masing.

Kursus ini akan dijalankan secara 'on-site' yang membolehkan lebih banyak peserta mengetahui teknik ini secara khusus tanpa perlu menghadiri kursus panjang di IAB. Tajuk ini juga merupakan sebahagian daripada komponen kursus Kepimpinan Instruksional yang turut ditawarkan untuk para peserta yang ingin mendapat tahap pengetahuan yang lebih komprehensif.

Item Type: Teaching Resource
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan > Jabatan Sumber Pendidikan
Depositing User: PN MUHAINI MOHD ZAIN
Date Deposited: 11 Mar 2025 04:56
Last Modified: 11 Mar 2025 04:56
URI: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/269

Actions (login required)

View Item
View Item