Abdul Jamil, Junaidah (2011) Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Modul 2 Instruktional dan pencapaian. [Teaching Resource] (Unpublished)
![[thumbnail of Module]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
82_2-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (30MB)
Abstract
Pemimpin sekolah menjadi peneraju utama di sesebuah sekolah. Pemimpin ini seharusnya dapat mengatur strategi berdasarkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Akta Pendidikan 1996 agar memenuhi misi KPM dan Wawasan 2020. Dalam usaha mengatur strategi ini, pelbagai faktor perlu diambil kira termasuklah mewujudkan matlamat yang jelas, memahami realiti serta kekangan pelaksanaan yang dihadapi, dan mengenal pasti ruang dan peluang untuk penambahbaikan.
Dalam Pelan Transformasi Kerajaan, enam bidang keberhasilan utama nasional telah dinyatakan secara khusus. Bidang keberhasilan utama pendidikan adalah untuk meningkatkan pencapaian murid. Penambaikan pencapaian murid secara berkesan dapat dipercepatkan dengan memberi tumpuan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sub modul ini memberi pendedahan kepada peserta selaku bakal-bakal pemimpin sekolah bagaimana untuk merencanakan matlamat sekolah masing-masing sebaik mungkin dalam bidang instruksional dan pencapaian bagi memastikan keberhasilan yang dihasratkan tercapai.
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)PL 82/2 |
Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan > Jabatan Pembangunan, Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan |
Depositing User: | Pn SABARIAH AB GHANI |
Date Deposited: | 29 Mar 2024 02:51 |
Last Modified: | 29 Mar 2024 02:51 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/231 |