Zainal Abidin, Zairi and Marzuki, Muhsin and Abd Rahman, Siti Arija Kursus pengurusan qalbu kepimpinan pendidikan. [Teaching Resource] (Unpublished)
![[thumbnail of Module]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
71-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (49MB)
Abstract
Bengkel Pengurusan Qalbu ialah Bengkel Pengurusan Kepimpinan yang mengambil pendekatan secara Islam dalam mengurus diri terutama hati. Pembinaan kecantikan dan ketampanan sosial perlu bermula dengan pengurusan hati. Hati adalah unsur penting dalam diri manusia. la berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan akal. lndividu yang berakal tetapi tidak memiliki hati yang terurus dengan baik selalunya menghadapi masalah. Terbelenggu dengan kekecewaan dalam perhubungan, berasa hambar dengan kehidupan dan mudah putus asa dengan cabaran. Hati ibarat ketua dalam diri manusia. Anggota tubuh adalah pekerjanya. Apabila ketua kuat, pekerjanya juga kuat. Begitu juga apabila ketua positif dan berwawasan, pekerja juga positif dan bergerak merealisasikan wawasan ciptaan ketua. Hati juga ibarat cermin. Hati yang diurus dengan kebaikan memantulkan kebaikan. Setiap yang melihat pasti merasakan kebaikan dan kesucian hati itu. Kebaikan itu mengalir masuk di celah-celah bongkah kekerasan hati setiap orang di sekelilingnya. lndividu yang mampu menguruskan hatinya dengan baik, hatinya menjelma menjadi pusat segala kebaikan di muka bumi ini. Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial mampu menguruskan hatinya dengan baik. Hati memandu anggotanya bagi menjalinkan perhubungan dengan cemerlang.
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengurusan Qalbu Kepimpinan Pendidikan PL 71 |
Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D4 Kualiti Peribadi > D4K4 Kemahiran Mengurus Kendiri dan Sosial L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat dan Jabatan Lama |
Depositing User: | EN MOHAMAD SABREE SENIN |
Date Deposited: | 14 Mar 2024 08:13 |
Last Modified: | 14 Mar 2024 08:13 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/188 |