Mohd Yunus, Tajuddin and Mohd Ibrahim, Mohd Kassim and Mohd Deli, Hassan and Hassim, Adi and Idris, Jeffri (2020) Kursus Pemerkasaan Profesionalisme Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Pendidikan Daerah Kementerian Pendidikan Malaysia. [Teaching Resource] (Unpublished)
![[thumbnail of Module]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
189-protected (1).pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (87MB)
Abstract
Pembangunan organisasi di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut mengalami perubahan yang besar dalam memainkan peranan khususnya selepas berlaku penstrukturan baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sebelum ini bersifat pentadbiran kepada perubahan struktur yang lebih berfokus sebagai pendokong dan pembimbing sekolah. Perubahan struktur di PPD yang berlaku adalah untuk menyediakan sokongan profesional terhadap sekolah dalam menjayakan setiap intervensi untuk ditangani. Struktur peranan di PPD menghadapi cabaran yang besar apabila sudah sampai pada tahun terakhir gelombang ke dua PPPM (2016-2020) namun masih berhadapan isu pelaksanaan dalam konteks barisan hadapan pengoperasian pendidikan (MPPL, 2019). Oleh hal yang demikian, bagi memulakan langkah memasuki gelombang ke tiga PPPM (2021-2025) ke arah kecemerlangan tadbir urus kendiri, Institut Aminuddin Baki (IAB) menjadi institusi utama untuk memantapkan kepimpinan dan pengurusan khususnya dalam konteks latihan pembangunan organisasi PPD. Pemerkasaan organisasi PPD secara optimum pada akhirnya adalah bagi memastikan sekolah-sekolah dalam daerah bersedia untuk melaksanakan pengurusan berasaskan sekolah secara efektif.
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kursus Pemerkasaan Profesionalisme Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Pendidikan Daerah Kementerian Pendidikan Malaysia., PL 189 |
Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D1 Berwawasan KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D2 Instruksional KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D3 Sumber Operasi KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D4 Kualiti Peribadi L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan |
Depositing User: | PN MUHAINI MOHD ZAIN |
Date Deposited: | 12 Mar 2024 05:03 |
Last Modified: | 12 Mar 2024 05:03 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/136 |