Duhashim, Zuhairi and Mohd Kassim, Shaiful-Azizi and Kochappan, Gerald and Yakop, Faridah and Hassan, Mohd. Ruslan and Nordin, Darliana Pengurusan program pengantarabangsaan. [Teaching Resource] (Unpublished)
![[thumbnail of Module]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
96-protected.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (46MB)
Abstract
Antara aspirasi terhadap perubahan dalam sistem pendidikan negara adalah bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dengan menyediakan insan berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, hasrat untuk membangunkan murid boleh bersaing di peringkat globalisasi memerlukan pemimpin pendidikan yang mempunyai maklumat yang tepat dan berinformatif bagi menyediakan program pengantaraan yang berkesan. IAB harus mempunyai kursus bagi menyediakan maklumat yang komprehensif dan dapat menbantu pemimpin pendidikan bermula dari perancangan program pengantabangsaan, prosedur, menjalankan
penyelidikan dan inovasi seterusnya maklumat bagi mengenali sosio-budaya dalam menjalinkan hubungan di peringkat Antarabangsa. Walaupun kursus ini lebih merujuk kepada pengetua dan guru besar yang menerajui Sekolah namun, tiada pengecualian terhadap keperluan kursus ini dalam kalangan pegawai dari bahagian KPM, JPN dan PPD. Perlunya pegawai KPM, JPN dan PPD ini terlibat secara langsung dalam program
latihan Pengurusan Program Pengantarabangsaan adalah kerana merekalah golongan yang akan bersama-sama membantu dan berkongsi kepakaran dengan pihak sekolah bagi memajukan Program Pengantarabangsaan ini agar dapat dijalankan dengan berkesan. Mereka juga merupakan tenaga pengerak berlapis yang akan memantau dan menyelia sekolah-sekolah bagi memastikan Program Pengantarabangsaan dijayakan. Program latihan Pengurusan Program Pengantarabangsaan ini bukan hanya diperiukan dalam kalangan pemimpin dan pengurus sekolah sahaja namun program ini juga harus diterapkan dan diasimilasikan dengan membangunkan keupayaan pensyarah di IAB. Seharusnya, |AB menjadi pusat latihan utama bagi
melatih pemimpin dan pengurus sekolah tentang amalan pengurusan yang terbaik untuk diaplikasikan dalam menguruskan program latihan Program Pengantarabangsaan malah kebergantungan |AB dari fasilitator luar juga dapat dikurangkan melalui penerapan program latihan ini kepada pensyarah IAB. Keperluan kursus pengurusan Program Pengantarabangsaan ini dimasukkan dalam program
perkembangan staf IAB dapat membantu meningkatkan kompetensi pensyarah |AB agar dapat memberikan maklumbalas yang betul dan tepat ketika menjalankan tugas konsultasi dan permentoran SpeedUp atau SiPartner malah dapat mengurangkan kos pengambilan fasilitator danjurulatih luar dalam menjayakan program IAB di masa akan datang. Disamping itu, fasilitator |AB ini yang berkemahiran juga akan dapat
digunakan untuk melatih organisasi-organisasi lain di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar.
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengurusan program pengantarabangsaan PL 96 |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat dan Jabatan Lama |
Depositing User: | PN NOR SHUHADARIZA MAIDIN |
Date Deposited: | 12 Mar 2024 05:03 |
Last Modified: | 12 Mar 2024 05:03 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/135 |