A. Maulod, Dr.Shafinaz and Mesran, Misliah and Khamaruddin, Nooraini and Alwi, Siti Hadijah and Zakaria, Suzana and Ahzan, Amelia and Abdul Raouf, Ainol Hidayah and Abu Bakar, Dr. Marzita and Md. Deli, Hassan (2019) Kursus kemahiran perundingan dan konsultasi untuk pemimpin pendidikan. [Teaching Resource] (Unpublished)
![[thumbnail of Module]](https://i-modul.iab.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
155-protected (2).pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (26MB)
Abstract
Pencapaian prestasi sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh setiap indlvldu dalam organisasi tersebut. Pegawai Pendidikan Daerah dan pegawai-pegawai pendidikan dalam sesebuah organisasi memainkan peranan sebagai perunding, konsultan, pembimbing, pakar rujuk, mentor dan pemberi khidmat nasihat dalam bidang pengkhususan masing-masing. Mereka juga merupakan nadi penggerak dan pemangkin perubahan dalam organisasi. Oleh itu mereka per1u memainkan peranan sebagal perunding, konsultan, coach dan mentor serta memacu inovasi dan kreativiti kepada warga organisasi yang berkenaan. Perundingan berkesan dapat membantu dalam pencapaian kata sepakat, mencapai objektif, memupuk kerjasama dan memastikan tugas dilaksanakan dengan lebih produktif. Kernahiran perundingan dapat mengelak konflik dan membantu hubungan positif sesama ahli dalam setiap organisasi. Kemahiran perundingan adalah penting semasa interaksi rasmi dan tidak rasmi dimana perundingan berkesan menyumbang dalam pembinaan interaksi yang lebih baik. Konsultasi pula menurut Zins (1993), me<upakan suatu proses hubungan berdasar1<an kepada ciri-ciri yang sama rata, sating mempercayai dan komunikasi yang terbuka, bekerja sama antara dua pihak (konsultan dan konsulti) datam mengenal pasti membantu menangani masalah (konsulti atau klien). Konsultasi melibatkan pembahagian tanggung jawab dalam pelaksanaan dan penilaian program atau strategi yang telah dirancang dan dipersetujui bersama antara konsultan dan konsulti. Konsultasi yang berkesan dapat membangunkan kemahiran baharu dengan lebih cepat. menlngkatkan rasa bangga dan keyaklnan di tempat kerJa serta memupuk kepercayaan terhadap ketualmajikan. Apabila kaedah konsultasi digunakan bagi menggantikan arahan, hal tersebut sentiasa berjaya menawan hati, meningkatkan kesetiaan dan membina kepercayaan dan keyakinan.
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kursus kemahiran perundingan dan konsultasi untuk pemimpin pendidikan PL 155 |
Subjects: | KOMPAS 2.O > KOMPAS2.0 D5 Hubungan L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan |
Depositing User: | PN NOR SHUHADARIZA MAIDIN |
Date Deposited: | 12 Mar 2024 04:43 |
Last Modified: | 12 Mar 2024 04:43 |
URI: | https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/112 |